Posted by SK KESANG TUA
| 2:00 PG

Solat Hajat Tahun 6 Syahdu



28 Ogos 2013- Unit Kecemerlangan UPSR dan PIBG SK Kesang Tua telah mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin dan Majlis Mohon Restu bersama Ustaz Sulaiman. Majlis solat hajat ini bermula dari solat Maghrib secara berjemaah. Majlis yang dihadiri bukan sahaja ibubapa dan penjaga murid-murid Tahun 6,bahkan ibubapa murid-murid tahap yang lain.

Selepas solat Isyak, murid-murid Tahun 6 dan ibu bapa atau penjaga mereka bersama-sama mendengar amanat daripada Ustaz Sulaiman. Slot Mohon Restu ini menyentuh hati murid-murid dan ibu bapa yang hadir. Slot ini diharapkan dapat membangkitkan rasa kebersamaan antara murid-murid dan ibu bapa  mereka. Selain itu juga murid-murid sedar betapa besarnya harapan ibu bapa terhadap mereka.


 Slot Mohon  Restu bersama Ustaz Sulaiman



Menyentuh hati...

Mohon restu daripada seorang ibu..


Pihak sekolah dan PIBG turut memberikan insentif sebagai  penghargaan kepada murid-murid Tahun 6 yang menunjukkan peningkatan dalam pelajaran mereka dalam Gerak Gempur 2 yang lepas.

Insentif penghargaan turut diberikan kepada murid-murid cemerlang

Selepas berakhirnya majlis solat hajat dan slot Mohon Restu, pihak sekolah dan PIBG turut mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai juadah dan hidangan disediakan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenali SKKT