Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Posted by SK KESANG TUA
| 5:33 PTG

Konvoi Merdeka PPD ke SK Kesang Tua.




Pada 7 September 2013, SK Kesang Tua menerima kunjungan daripada Konvoi Merdeka warga PPD Jasin. Sambutan meriah yang diwarnai dengan  kibaran jalur gemilang menghangatkan suasana. Wajah murid-murid tampak ceria tatkala menyambut ketibaan rombongan Konvoi Merdeka PPD Jasin.




Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai  Pendidikan Daerah Jasin  yang turut hadir sempat menyaksikan persembahan koir daripada murid-murid Tahun 5 Cerdas dan 4 Cerdik. Selain daripada itu, wakil murid daripada Kelab Doktor Muda turut mendeklamasikan sajak kemerdekaan.

Pihak SK Kesang Tua sangat terharu dan berbesar hati menerima kunjungan tersebut. Warga SK Kesang Tua berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan  datang.







Posted by SK KESANG TUA
| 11:41 PTG

Pertandingan Mewarna Tahap1 Ceria!!


Pertandingan mewarna di Dewan SK Kseang Tua

24 Ogos 2013- Murid-murid SK Kesang Tua begitu seronok menyertai Pertandingan mewarna sempena Bulan Kemerdekaan di dewan sekolah SK Kesang Tua. Mereka sangat teruja dan bersemangat untuk mewarna. Pertandingan mewarna tulisan Jawi ini bertemakan tema  kemerdekaan Malaysia yang ke-56 iaitu "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku.."




















Tekun...murid-murid sangat bersemangat untuk mewarna


Ceria wajah anak-anak ini...
Posted by SK KESANG TUA
| 11:04 PG

Perasmian Bulan Kemerdekaan Meriah!

Perasmian oleh Encik Rosli bin Karim

19 Ogos 2013- Sekolah Kebangsaan Kesang Tua telah melancarkan Bulan Kemerdekaan bermula 19 Ogos 2013 sehingga 18 September 2013. Majlis Perasmian ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Encik Rosli bin Karim.

Persembahan deklamasi sajak daripada 3 orang wakil murid Tahun 6 telah menyemarakkan semangat kemerdekaan kepada warga sekolah. Selain itu juga guru-guru dan para murid turut menyanyikan beberapa buah lagu patriotik bagi menanamkan semangat kebangsaan dan kemerdekaan kepada semua warga sekolah.

Antara lagu Patriotik yang dinyanyikan

Murid Pendidikan Khas turut bersemangat mengibarkan bendera.

Nyanyian lagu Patriotik

Sepanjang Bulan Kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti bakal diadadakan seperti pertandingan deklamasi sajak, pertandingan koir, mewarna, menulis khat, larian kemerdekaan dan banyak lagi. Program ini diharapkan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air dalam kalangan warga sekolah.

Penyerahan bendera




Posted by SK KESANG TUA
| 9:02 PTG

Selamat Menyambut Kemerdekaan Kali ke-56!!


Seluruh  warga SK Kesang Tua mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan  kali ke-56. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada sejarah kemerdekaan negara kita tercinta. Kita perlu rasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita khususnya nikmat keamanan yang kita kecapi pada hari ini...

Salam Kemerdekaan!!!
Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenali SKKT