Posted by SK KESANG TUA
| 12:59 PTG

SK Kesang Tua Johan Tilawah Al-quran Perempuan MTQSS Kawasan Jasin 2014

SK Kesang Tua telah menghantar wakil ke pertandingan yang diadakan bersempena Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Kawasan Jasin pada 19 April yang lepas. Seramai 6 orang peserta yang dihantar mewakili sekolah untuk semua kategori. Sekolah Kebangsaan Kesang Tua muncul Johan bagi Tilawah al-Quran (Perempuan) yang telah diwakili adik Nurul Balqis Syuhada binti Yazid. Beliau yang kali kedua memasuki pertandingan ini akan mewakili kawasan Jasin ke Majlis Tadarus al-Quran peringkat negeri Melaka pada 5 Mei...
Posted by SK KESANG TUA
| 12:47 PTG

Kejohanan Ragbi MSSM Peringkat Negeri Melaka 2014 (Bawah 12 Tahun)

Sekolah Kebangsaan Kesang Tua telah diamanahkan sebagai pengelola bagi Kejohanan Ragbi MSSM Peringkat Negeri Melaka 2014 (Bawah 12 Tahun) pada 11-12 April 2014. Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya di Mini Stadium Jasin dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Majlis Perbandaran Jasin, Pejabat Daerah & Tanah Daerah Jasin, SBPI Selandar, Aiman Sofia Enterprise, Jasiniese...
Posted by SK KESANG TUA
| 1:31 PG

TAHNIAH PASUKAN RAGBI SK KESANG TUA!

Pasukan ragbi SK Kesang Tua raih tempat ketiga. Pada 25 Januari 2014, bertempat di Kolej Vokasional Melaka Tengah, Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Raiser Cup Bawah 12 dan 18 tahun peringkat negeri Melaka. SK Kesang Tua telah menyertai kejohanan tersebut yang merupakan kejohanan pembuka tirai bagi kalendar sukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka bagi 2014. Kejohanan selama sehari ini...
Posted by SK KESANG TUA
| 10:55 PG

Kem Bestari Solat Tahun 1&2 Siri 1

Pada 25 Januari 2014, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 untuk semua murid Tahun 1 dan Tahun 2. Kem Bestari Solat Tahun 2 telah dikendalikan oleh murid turus yang terdiri daripada murid-murid terpilih Tahun 5 manakala Tahun 1 pula telah dikendalikan oleh guru-guru Agama Islam dan j-QAF. Murid-murid ini turut solat Zuhur secara berjemaah sebelum pulang. Diharapkan Kem Bestari Solat ini mampu memberi...
Posted by SK KESANG TUA
| 10:22 PG

Kem Bestari Solat Perdana

Pada 24 hingga 25 Januari 2014, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua telah mengadakan Kem Bestari Solat Perdana bagi murid-murid Tahun 6. Program ini dikendalikan oleh Darul Hijrah Management. Kem selama 2 hari 1 malam ini membimbing murid-murid mendalami ilmu berkaitan solat dan meningkatkan motivasi mereka dalam menunaikan solat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini diadakan, antaranya ialah Latihan dalam Kumpulan (LDK), slot muhasabah,...
Posted by SK KESANG TUA
| 12:47 PG

KLINIK RAGBI SK KESANG TUA BERSAMA SBP INTEGRASI SELANDAR 2014

Klinik Ragbi SK Kesang Tua bersama SBPI Selandar 2014 Pada 14 Januari 2014, SK Kesang Tua telah mengadakan satu klinik ragbi bersama SBPI Selandar yang telah diadakan di padang SK Kesang Tua. Ini merupakan program pertama bersama kedua-dua sekolah bagi program ragbi selepas termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) sekolah angkat sukan ragbi bagi kedua-dua sekolah pada penghujung 2013.  Klinik ragbi yang telah diadakan ini melibatkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenali SKKT