Posted by SK KESANG TUA
| 11:04 PG

Perasmian Bulan Kemerdekaan Meriah!

Perasmian oleh Encik Rosli bin Karim

19 Ogos 2013- Sekolah Kebangsaan Kesang Tua telah melancarkan Bulan Kemerdekaan bermula 19 Ogos 2013 sehingga 18 September 2013. Majlis Perasmian ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Encik Rosli bin Karim.

Persembahan deklamasi sajak daripada 3 orang wakil murid Tahun 6 telah menyemarakkan semangat kemerdekaan kepada warga sekolah. Selain itu juga guru-guru dan para murid turut menyanyikan beberapa buah lagu patriotik bagi menanamkan semangat kebangsaan dan kemerdekaan kepada semua warga sekolah.

Antara lagu Patriotik yang dinyanyikan

Murid Pendidikan Khas turut bersemangat mengibarkan bendera.

Nyanyian lagu Patriotik

Sepanjang Bulan Kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti bakal diadadakan seperti pertandingan deklamasi sajak, pertandingan koir, mewarna, menulis khat, larian kemerdekaan dan banyak lagi. Program ini diharapkan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air dalam kalangan warga sekolah.

Penyerahan bendera




Posted by SK KESANG TUA
| 3:03 PG

Salam Aidilfitri



Seluruh warga SK Kesang  Tua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah.Mudah-mudahan kita akan menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Salam lebaran..
Kullu 'amwa antum bikhair...
Posted by SK KESANG TUA
| 9:02 PTG

Selamat Menyambut Kemerdekaan Kali ke-56!!


Seluruh  warga SK Kesang Tua mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan  kali ke-56. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada sejarah kemerdekaan negara kita tercinta. Kita perlu rasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita khususnya nikmat keamanan yang kita kecapi pada hari ini...

Salam Kemerdekaan!!!
Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku..!!
Posted by SK KESANG TUA
| 10:11 PG

Rombongan Pra Sekolah (11.9.2012)
Lawatan ke Zoo Melaka dan Menara Taming Sari









Posted by SK KESANG TUA
| 9:50 PG

UPSR 2012
Persediaan Sebelum Masuk ke Dewan Peperiksaan.
Semoga anak-anak didik tahun 6 SKKT 2012 berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.










Posted by SK KESANG TUA
| 12:40 PTG



Program Mohon Restu Murid Tahun 6 SKKT 2012 -10.9.2012

Semoga anak-anak didik Tahun 6 SKKT 2012 mencapai kecemerlangan dalam UPSR tahun ini.


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenali SKKT